Info Al-Mustakim




     Pusat Rawatan Islam Al-Mustakim telah ditubuhkan pada  November 2016. Asas rawatan adalah berpandukan AL-QURAN sahaja tanpa menggunakan perantaraan Makhluk seperti jin dan lain-lain. Kaedah rawatan lebih kepada Doa syifa' iaitu berdoa memohon kepada Allah supaya disembuhkan dari Pelbagai Gangguan dan Penyakit. Allah Sahaja Mampu Menyembuhkan Kita. 

Rawatan adalah merangkumi:-

1. Rawatan Ikhtiar pelbagai penyakit dan gangguan.
2. Urutan Lelaki dan Wanita



Kos-kos Rawatan Merangkumi:-

1. Rawatan = RM50
2. Urutan 1 Sesi = RM100(URUT+MINYAK BIDARA+AIR SYIFA')
3. Minyak Bidara = RM25
4. Minyak Kasturi = RM25
5. Air Syifa' = RM5
6. Semburan Syifa = RM15
7. Rawatan Kediaman/Premis/Bangunan = Bergantung jarak , Saiz dan Jenis Premis(Kos perlu dibincangkan dengan Perawat)

Kami percaya, kesemua kos tersebut adalah sangat berpatutan dan tidak membebankan mana-mana pesakit. 

Kaedah Rawatan Pusat Rawatan Islam Al-Mustakim

1. Air Semburan Syifa' Al-Mustakim
2. Minyak Bidara Al-Mustakim

Kami hanya menggunakan kedua bahan tersebut dalam rawatan tanpa menggunakan barang-barang yang di tegah oleh syariat islam. Seperti sedia maklum, kami hanya menggunakan Doa dalam rawatan tanpa perlu menyakitkan tubuh pesakit. Bacaan adalah lazim seperti:-

1. Syahadah
2. Istighfar
3. Selawat 
4. Al-Fatihah
5. 3 Kul
6. Ayatul Qursi

Tiada Amalan Khusus dalam rawatan Al-Mustakim. Amalan terpulang keatas individu. Kami hanya fokus untuk ikhtiar rawat sehingga pesakit pulih dan menjalani kehidupan secara normal.

S.O.P (STANDARD OPERATION PROCEDURE)

    Setiap pesakit harus akur dengan S.O.P atau prosedur rawatan Al-Mustakim. Ia adalah seperti yang berikut:-

1. Setiap pesakit tidak akan diberitahu Jenis gangguan. Ia adalah rahsia perawat sepenuhnya.

2. Setiap Pesakit tidak boleh mendesak perawat untuk memberitahu siapa yang menyihir. 

3. Pesakit tidak boleh meminta kembali Kos yang telah diberikan kepada Perawat.

4. Pesakit tidak boleh mengugut perawat kerana ia adalah salah disisi undang-undang.

5. Perawat hanya membantu dalam ikhtiar mencari kesembuhan dan tiada jaminan kesembuhan dalam Rawatan Al-Mustakim

6. Pesakit yang mempunyai gejala sakit berulang perlukan rawatan susulan.





    


Comments

Baca

BELALANG PELESIT TANDA RUMAH ADA GANGGUAN??

JIN ASYIQ ATAU JIN PENCINTA

MANDIAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

BUKTI JIN ITU WUJUD

BERUNTUNGNYA ORANG SAKIT DI SIHIR

RAHSIA KELEBIHAN MENGAMAL SURAH AL MULK SEBELUM TIDUR

KELEBIHAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

Pendedahan Jenis-Jenis Sihir