JIN ASYIQ ATAU JIN PENCINTA
🔥Gangguan Jin Asyiq & Penyebabnya Pernahkah anda mendengar adanya golongan jin yang mencintai seorang manusia? Golongan jin ini dipanggil jin asyiq. Gangguan jin asyiq ini boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya disebabkan kelalaian manusia itu sendiri. Gangguan jin asyiq ada bermacam-macam jenis. Ada jin yang jatuh cinta dengan seseorang manusia itu dalam tempoh masa yang sekejap sahaja. Tetapi ada juga yang jatuh cinta dengan seseorang sejak dari manusia itu kecil lagi. Gangguan jin asyiq yang berlaku sejak dari kecil lagi adalah gangguan yang sangat sukar untuk dirawat. Ini kerana perasaan cinta jin itu kepada manusia sudah terlalu mendalam dan sukar untuk dipisahkan. Keadaan ini berlaku disebabkan jin telah selalu melihat manusia yang dicintainya itu. Melihat kebaikannya, apatahlagi jika jin selalu melihat manusia itu selalu berbogel dalam keadaan tidak membaca sebarang doa perlindungan. Sebab itulah Islam mengajar kita supaya dalam keadaan apa sekalipun perlulah k