RAHSIA KELEBIHAN MENGAMAL SURAH AL MULK SEBELUM TIDUR

4 MANFAAT SURAH AL-MULK YANG WAJIB ANDA KETAHUI :
.
.
Surah Al-Mulk merupakan surah yang kerap dihafal oleh masyarakat kita. Kenapa ya? Apa kelebihannya? Saya nak share 4 manfaat besar surah ini iaitu:
.
1. SYAFAAT DIAMPUNKAN DOSA.

Hidup di alam sana, perkara paling membimbangkan kita adalah ‘baggage’ dosa banyak. Sekarang, bolehlah kita kurangkan beban dosa dengan taubat & istighfar. Tapi di alam sana, nak buat apa pun dah tak boleh dah...

Ada tips yang Rasul kongsikan dari hadis riwayat Abu Daud & Tarmizi : Surah Mulk akan syafaatkan kita dalam bentuk, ia akan minta ampun kepada Tuhan sehinggalah dosa kita diampuni.

Syafaat ‘mahal’ ini akan dikecapi dengan syarat, kita bersahabat dengan Surah Mulk ketika hidup sekarang.

2. SYAFAAT TERHINDAR DARI AZAB KUBUR DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT TERLEPAS SEGALA IKATAN SIHIR JUGA MENGHALANG DARI KESESATAN

Semua orang takutkan azab kubur. Membacanya pun dah gerun, apatah lagi merasainya. Na’uzubillah. Cuma kita tak pasti, adakah kita selamat darinya atau tidak.

Alhamdulillah, Rasul s.a.w ada kongsikan ‘pelan kecemasan’ iaitu, sebenarnya kita boleh pasang ‘lawyer’ untuk lindungi & selamatkan kita dari azab alam kubur. ‘Lawyer’ itu ialah Surah Al-Mulk.

Dalam hadith riwayat An-Nasa’ie, Rasul nyatakan Surah Mulk bergelar ‘Munjiyah & Ma’niah’ : penyelamat & penghalang yang mampu syafaatkan pembacanya dari azab kubur yang mengerikan.

3. SYAFAAT HINGGA DIMASUKKAN KE SYURGA

Andailah amalan kita sekarang tak berapa cukup untuk Tuhan rahmati & beri keizinan masuk syurga, kita boleh dapatkan ‘pembantu’ yang akan membela, merayu & memohon kepada ALLAH agar masukkan kita juga ke dalam syurga.

‘Pembantu’ tersebut ialah surah Mulk. Rasul s.a.w bersabda : ‘Ada satu surah dalam Al-Quran, terdiri dari 30 ayat. Ia akan membela pembacanya sehingga ia dimasukkan ke syurga. Itulah Surah Al-Mulk’ (riwayat Thabrani)

4. AMALAN HARIAN RASUL SEBELUM TIDUR

Memandangkan manfaatnya cukup besar, padanlah Rasul membaca surah Al-Mulk beserta surah Sajadah sebelum tidur disamping surah-surah pendek lain.

Hadith menyatakan : ‘Nabi s.a.w tidak tidur sehingga baginda membaca Alif laam miim tanzil (surah As Sajadah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (Surah Al Mulk). (Riwayat Tarmizi)

Dulu tok guru saya pesan, jangan berani meninggal sebelum hafal Surah Mulk. Beliau serius pesan begitu sebab tahu, faedahnya amat besar. Simpan surah ni dalam ingatan, malaikat tak berani sentuh anda dalam kubur. Begitulah pesannya.

Cara ini digelar KAEDAH JIBRIL...

Share ..rakan2 anda supaya menjadi manfaat untuk Kita semua..

#pusatrawatanislamnilai
#pusatrawatanislammantin
#pusatrawatanislampajam
#pusatrawatanislamnegerisembilan
#pusatrawatanislamno1
#pusatrawatanislampatuhsyariahmalaysia
#pusatrawatanislamsibu
#pusatrawatanislamsarawak
#pusatrawatanislamseremban

Comments

Baca

BELALANG PELESIT TANDA RUMAH ADA GANGGUAN??

JIN ASYIQ ATAU JIN PENCINTA

MANDIAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

BUKTI JIN ITU WUJUD

BERUNTUNGNYA ORANG SAKIT DI SIHIR

KELEBIHAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

Pendedahan Jenis-Jenis Sihir