Ujian yang ALLAH beri kepada kita adalah sebagai medium tanda ALLAH sayang pada hambanya bukan disebabkan ALLAH itu zalim pada hambanya. Orang yang jahil bab agama,melakukan dosa dan sebagainya akan diampunkan oleh ALLAH jika mereka bertaubat. Siapa kita untuk melawan kuasa ALLAH. Orang yang disihir adalah orang yang dilimpahkah oleh ALLAH rahmat dan kebaikan kepadanya. Sakitnya disihir, hanya orang mengalamai sahaja akan memahami. Justeru itu, kita kena yakin bahawa ALLAH menjadikan setiap sesuatu ujian itu, tanda ALLAH sayang dan setiap sesuatu ujian ada hikmahnya. Setiap manusia mempunyai ujian dan perjalanan hidup yang berbeza-beza . Ada yang kaya,miskin,sakit,sihat,anak ramai,dan sebagainya. Dalam masa yang sama, kita janganlah memandang rendah,memperlekeh dan mempersendakan kehidupan orang lain kerana ALLAH sangat melaknat perkara tersebut. Kepada pesakit yang mendapat ujian, bertabahlah kerana anda adalah orang yang sangat bertuah....
Comments