Nampak Sihat Luaran,Tapi Sakit Dalaman
Sering kali mendengar keluhan pesakit kami yang datang untuk berikhtiar, luar nampak sangat sihat tetapi sakit yang tak tertanggung akibat daripada masalah kesihatan dan gangguan.
Adakalanya, ahli keluarga sendiri tidak percaya bahawa dirinya dalam keadaan uzur dek kerana fizikal nampak sihat dan bertenaga. Bukan semua sakit nampak pada pandangan mata kita. Sakit dalaman dan kerohanian lebih sakit berbanding sakit pada fizikal yang nampak dan ketara.
Antara penyebab utama kesakitan dalaman adalah disebabkan gangguan makhluk halus yang menggangu kehidupan manusia serta mencuba untuk sesatkan dan lagi menyesatkan.Bukan semua percaya akan kewujudan gangguan dan ancaman disebabkan oleh gangguan Jin dan Iblis kerana tidak nampak pada pandangan kasar manusia akan tetapi ia disebut beberapa kali dalam Al-Quran dan Al-Hadist. Sedangkan RASULLULLAH (S.A.W) juga diuji dengan sihir, menyebabkan baginda berada dalam kesakitan disebabkan sihir daripada orang Yahudi. Nabi Adam(A.S) juga diperdayakan oleh iblis dan telah dicampakkan dari syurga ke bumi. Hal demikian juga, Allah telah menurunkan Surah Al-Jin dan An-nas serta surah lain di dalam Al-Quran menceritakan tentang Jin dan Iblis.
Kepercayaan kepada Alam Ghaib adalah wajib bagi orang islam kerana itu adalah iman kita mengikut kepada Rukun Iman dalam Islam.Kesimpulannya, tiada manusia diduniakan tidak diganggu oleh iblis dan jin kerana sudah termaktub didalam Al-Quran bahawasanya Iblis berjanji kepada ALLAH(S.W.T) akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara sehingga hari kiamat kelak.
Setiap ujian kesakitan itu adalah ujian dan rahmat dari Allah(S.W.T) ,juga menghapus segala dosa-dosa kita yang lalu. Orang yang diuji adalah sangat beruntung.
Comments