Gangguan Makhluk Halus Mengganggu Tahap Kesihatan



    Makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia itu wujud sejak sebelum Kewujudan Manusia dimuka bumi. 

Mereka mempunyai kehidupan dan peradaban yang berbeza dengan manusia. Justeru itu, Allah S.W.T mewahyukan Surah Al-Jin dan An-Nas serta surah yang lain bagi menceritakan tentang Makhluk selain manusia. Ada sekelompok Makhluk Halus Jin ,Iblis dan Syaitan ini berjanji akan menyesatkan manusia dan membinasakan kehidupan serta kesihatan kita. 

     Saka, Sihir, Pemakai dan segala bentuk gangguan yang kita tahu adalah SAMA iaitu menyesatkan manusia sehingga ke keturunan yang seterusnya. Perjanjian antara Manusia dan Jin adalah haram. Perjanjian tersebut penyebab Makhluk Halus ini mendampingi manusia dan mereka meminta-minta pada Jin serta taksub akan kelebihan yang mereka miliki. Perlu ingat, Haram Bagi Manusia Memohon Dan Mendampingi Selain Dari Allah S.W.T. Hukumnya Adalah SYIRIK. Dosa yang paling Berat dari dosa yang lain. 


     Sihir dibuat tanpa belas kasihan. Ada jin meminta penyihir menyediakan Nyawa Anak Dara, Bayi Baru Lahir, Dan sebagainya sebagai jamuan kepada Jin-Jin tersebut. Kekuatan sihir bergantung pada Jamuan yang penyihir berikan kepada Syaitan. Semakin kejam sesuatu Jamuan, Semakin Kuat sesuatu sihir tersebut. Tetapi semua atas izin Allah S.W.T. Jika Allah mengizinkan, tiada yang boleh menidakkannya. 

     Penderitaan yang dilalui oleh Orang Yang Disihir adalah sangat-sangat menyiksakan. Bukan sahaja kesihatan, Malahan Rezeki dan kehidupan harian mereka terjejas teruk dek Kejamnya sihir. Ujian mereka sangat berat dan menyiksakan. Allah menjanjikan Syurga buat mereka teruji seperti mana difirmankan oleh Allah di Dalam Al-Quran. Oleh itu, jangan sesekali membalas perbuatan terkutuk walaupun kita tahu pelakunya kerana Orang Yang Soleh Adalah Orang Yang Diuji Dengan Ujian Berat Bukan Kerana Dosa Semata-mata!! Sedangkan Rasullulah S.A.W yang maksum dan dijanjikan Syurga diuji dengan Sihir. Inikan kita yang sentiasa dalam kelalaian duniawi.


     Amalan dan Ujian adalah sesuatu benda yang jauh perbezaannya. Berapa ramai manusia yang mantap Solatnya, Mantap Dalam bacaan Al-Quran, Hafiz dan Hafizah di Sihir dan menderita. Jangan Sesekali menyimpan rasa riak di dalam hati bahawa kita yang mantap Amalan, Tidak Akan Berdosa Dan Diuji. Manusia adalah sama iaitu Mempunyai nafsu,Perasaan dan Kegairahan. 

      Pengalaman kami merawat pesakit mempunyai gangguan, hampir 30% adalah mereka yang mantap dalam ilmu agama dan Mempunyai Amalan Khusus masing-masing. Ada Ustaz, Ustazah, Hafiz , Hafizah, dan Perawat. Kami sebagai perawat juga tidak lari dari diganggu dan menderita sakit berhari-hari. Kayap ular, Lumpuh separuh badan sementara, Bisa-bisa badan, Sakit kepala teruk, Sakit gigi berhari-hari, dan Suami isteri disihir dan Sebagainya. Tiada pendinding khusus untuk gangguan kerana setiap sesuatu adalah atas izin Allah. Besar hikmahnya bila kita diuji kerana setiap ujian yang Allah Berikan besar Rahmatnya. 

    "Setiap Sakit Ada Ubatnya". Ya Betul!! Setiap masalah ada penyelesaian. Akan tetapi kita kena mantapkan 2 elemen penting ini:-

1. Usaha
2. Bersabar

1️⃣ Ada pesakit yang baru buat SEKALI rawatan setelah bertahun-tahun sakit mengadu mengapa masih belum pulih??

- Rawatan kami bukan Magic yang boleh sembuh sekelip mata. Kesembuhan Datang Dari Allah. Semua tahu perkara tersebut akan tetapi usaha konsisten dalam berikhtiar tidak semua faham. Bahkan Prosedur bagi pembedahan jantung pon berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

2️⃣ Walaupun dah buat rawatan dah sapu minyak bidara dah minum air syifa kenapa masih sama??

- Kesabaran semasa dalam tempoh ikhtiar adalah Perlu. Allah jadikan manusia dari setitik air mani, segumpal darah dan menjadi bayi,kanak-kanak,dewasa dan tua. Itu menunjukkan setiap sesuatu itu harus dilalui berperingkat-peringkat. NO SHORTCUT!!! 

*Posting ini bukan bertujuan untuk menyindir atau menyakiti hati sesiapa tetapi hanya Sekadar pedoman kita semua.

*Gangguan Makhluk Halus itu Wujud
*Gangguan Sihir itu Nyata.

#IKHTIRSAMPAISEMBUH
#KESEMBUHANDARIALLAH

*IKHTIAR MENCARI KESEMBUHAN

UST NAN


Comments

Tubuhsatu said…
Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
-Jalan Lemal.kelantan
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
email : tubuhsatu@gmail.com
AL-MUSTAKIM said…
Boleh hubungi no.perawat.boleh tekan link dibawah:-
https://rawatanmustakim.blogspot.com/p/hubungi.html

Baca

BELALANG PELESIT TANDA RUMAH ADA GANGGUAN??

JIN ASYIQ ATAU JIN PENCINTA

MANDIAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

BUKTI JIN ITU WUJUD

BERUNTUNGNYA ORANG SAKIT DI SIHIR

RAHSIA KELEBIHAN MENGAMAL SURAH AL MULK SEBELUM TIDUR

KELEBIHAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

Pendedahan Jenis-Jenis Sihir