SUNNAH ADALAH AKHLAK DAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN


Sunnah merupakan satu sifat yang perlu di contohi oleh manusia dimuka bumi terutamanya umat islam. Sunnah bermaksud Akhlak Rasulullah S.W.T. Sunnah terdiri daripada 3 elemen utama iaitu:
1. Ikhlak
2. Amalan
3. Keterampilan


Sunnah yang paling penting adalah akhlak. Banyak dalam hadis dan Al-Quran menceritakan tentang
akhlak Rasulullah yang terpuji dan harus di contohi oleh umat islam pada hari ni. 

Amalan dan keterampilan diri rasulullah sedikit sahaja di ceritakan dalam islam. Akhlak terpuji merupakan sifat yang perlu dipraktiskan dari seawal kanak-kanak sehingga akhir hayat. 

Ramai yang keliru akan sunnah rasulullah. Hal yang demikian, ramai umat islam pada hari ini memfokuskan diri mereka dalam Berketerampilan. Tidak salah mengikut sunnah berpakaian seperti berjubah dan berserban, akan tetapi memandang rendah pada orang yang hanya memakai t-shirt, seluar jean, seluar sukan, dan sebagainya ada sangat tidak relevan. 

Rasulullah menyarankan umat islam berpakaian menutup aurat. Tidak pernah diceritakan dalam Al-Quran, umat islam diwajibkan berjubah. Ramai diantara kita umat islam pada hari ini, membebani sesuatu perkara seperti Solat, Tabligh, Ceramah agama, membaca Al-Quran dan sebagainya memandang serong pada yang menggunakan selain Jubah dalam mengikuti mana-mana aktiviti tersebut. Islam itu sendiri sangat mudah dan bertimbang rasa. Mengapa harus dibebani dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya?? 

Adalah baik bagi kita umat islam pada hari ini, fokus membaiki diri kita dengan mengikuti Akhlak terpuji Rasulullah yang menjadi kewajiban kepada kita. Ramai yang terlepas pandang Akhlak Rasulullah  yang perlu dipraktiskan pada diri kita seharian antaranya ialah:-

1. Sedekah(Tanpa diviralkan) 
2. Sabar dalam setiap ujian
3. Menjaga hati orang lain dalam pertuturan
4. Mendidik anak secara berhemah bukan secara kekerasan
5. Mendahulukan orang lain
6. Tidak menunjuk dalam ibadah
7. Tidak merendahkan orang lain
8. Merendah diri 
9. Menjaga hati ibu bapa
10. Tidak mengaibkan orang lain
11. Menegur kesalahan tanpa mengaibkan orang lain
12. Bertolak ansur kepada isteri
13. Melayan tetamu dengan baik
14. Mengutamakan nafkah/sedekah pada isteri dan anak 
15. Sedekah yang  UTAMA DAN TERBAIK ialah kepada ISTERI DAN ANAK

Nampak mudah tapi susah untuk dipraktiskan. Usahakan untuk membentuk sahsiah dan akhlak diri kita serta anak-anak seperti SUNNAH RASULLULLAH. Kita pasti boleh. 

Antara benda yang tidak sihat  dilakukan masyarakat islam pada hari ini dalam dunia serba canggih dan moden ini ialah "TREND MEDIA SOSIAL" 

1. Selfie lepas solat(DONE SOLAT!!
2. Bangga ambil gambar selesai BERI SEDEKAH
3. Posting Done SOLAT TAHAJUT
4. "Share"  berita tidak benar/fitnah
5. Selfie depan KAABAH

Tolong hentikan!! Kerana ia lebih kearah RIAK DAN MENUNJUK-NUNJUK serta FITNAH. 

Comments

Baca

BELALANG PELESIT TANDA RUMAH ADA GANGGUAN??

JIN ASYIQ ATAU JIN PENCINTA

MANDIAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

BUKTI JIN ITU WUJUD

BERUNTUNGNYA ORANG SAKIT DI SIHIR

RAHSIA KELEBIHAN MENGAMAL SURAH AL MULK SEBELUM TIDUR

KELEBIHAN MINYAK BIDARA AL-MUSTAKIM

Pendedahan Jenis-Jenis Sihir