PERBEZAAN ANTARA AMALAN DAN UJIAN
🔥AMALAN(IBADAH) DAN UJIAN🔥
Ramai yang bertanya kenapa dia sembahyang, berzikir, menjauhi perbuatan dosa tetap kena gangguan.
✳️Apa itu amalan?
✔️Amalan itu adalah ibadah khusus khas untuk diri kita sendiri dan kewajiban kita sebagai seorang yang beragama islam.
✳️Apa itu ujian?
✔️Ujian adalah sesuatu hadiah daripada ALLAH untuk hambanya didunia kerana setiap ujian yang ALLAH beri, mempunyai hikmah dan ganjaran pahala yang sangat besar.
✳️Mengapa kita tetap diganggu makhluk halus walaupun amalan dan ibadah kita TIP TOP?
✔️Gangguan tidak mengenal siapa. Sedangkan Rasullullah S W T sendiri pernah disihir apatah lagi kita hamba ALLAH yang lemah dan tidak berdaya upaya. Sekebal mana benteng diri kita terhadap MAKHLUK HALUS, jika ALLAH izinkan, tiada yg boleh mengelak. Segala sesuatu itu adalah atas IZIN ALLAH. Siapa kita untuk mengelakkan diri daripada UJIAN ALLAH.
✔️Jadi apa yang perlu kita lakukan apabila ada gangguan pada diri kita adalah dengan BERIKHTIAR DAN BERUSAHA mencari perawat yang boleh membantu kita. Tak semestinya buat rawatan dengan kami jer. Boleh cuba berikhtiar pada mana2 perawat yang terdekat dengan pesakit sebab yang menyembuhkan bukanlah PERAWAT akan tetapi semuanya atas izin ALLAH. Siapa kami yang boleh beri jaminan kesembuhan kerana segala sesuatu adalah atas IZIN ALLAH. Kami cuma membantu dalam berikhtiar dan usaha sedaya upaya kami untuk membantu pesakit.
✔️Dengan berbekalkan pengalaman yang kami lalui, insyallah sedikit sebanyak membantu kami untuk mengenali dan merawat pesakit serta memberi kata semangat kepada pesakit kami.
✔️Bukan mudah nak rawat gangguan. Rawat bukan sekali buat, terus sembuh. Itu magik. Dalam perubatan tiada magik. Kita kena sentiasa buat rawatan susulan untuk memastikan gangguan betol2 0.000..
Comments