PUSAT RAWATAN ISLAM TERBAIK TAHUN 2020?BIAR BETOL?
Bukan hendak "Memuji", hakikatnya adalah untuk memberi semangat kepada kami sebagai perawat untuk melakukan yang perkhidmatan terbaik dan cemerlang pada tahun 2020 ini.
Memandangkan tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar bagi kami sebagai perawat. Banyak kes-kes yang sangat mencabar berlaku. Akan tetapi kami bersyukur kerana masyarakat percaya akan perkhidmatan kami sebagai pengamal perubatan islam. Dalam masa yang sama, kami dapat menimba ilmu pengetahuan dan mendalami sesuatu yang baharu dalam dunia rawatan.
Setakat ini hampir 95% berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami memohon maaf jika berlaku kesilapan sepanjang dalam proses rawatan berlangsung.
Misi dan Visi kami adalah "USAHA DAN IKHTIAR". Ia bermaksud pesakit dan perawat bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pesakit. Jika kesembuhan belum kunjung tiba, rawatan susulan adalah jalan terbaik. Sampai bila susulan dibuat??"Sehingga pesakit mula menampakkan perubahan positif". Kami tidak menjanjikan "KESEMBUHAN" kerana segalanya hak milik mutlak ALLAH S.W.T. Apa yang penting kita ikhtiar sehingga sembuh dan selebihnya kita teruskan berdoa dan tawakal kepada ALLAH.
Kepada yang memerlukan ikhtiar rawatan boleh berhubung dengan mana-mana perawat berdekatan.
Comments